Suasana pilihan raya Pilihan_raya_kecil_Manek_Urai_2009

Pra pilihan raya

Pada Ahad 28 Jun 2009, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman membuat dakwaan bahawa terdapat pihak (UMNO) yang menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi." [8] Bagaimanapun, tiada bukti dikemukakan atau laporan kepada SPR dibuat.

Hari penamaan calon

Hari pengundian

Pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi . Terdapat 27 saluran dan diselia kumpulan pegawai lantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diketuai pegawai pengurus Adnan Hussin, yang juga ketua jajahan Kuala Krai.

Berikut ialah 9 pusat pengundian :

  1. SK Temalir (983 orang)
  2. SK Peria (2,019)
  3. SK Manek Urai (1,890)
  4. SK Manek Urai Baru (1,093)
  5. SK Sungai Sok (980)
  6. SK Chuchoh Puteri (1,517)
  7. SK Lata Rek (1,094)
  8. SK Kampung Karangan (1,049)
  9. SMK Laloh (1,643)

Jumlah keseluruhan pemilih, termasuk 25 orang melalui pos, 12,293 orang. SPR mensasarkan kira-kira 85 % keluar pengundi.Penjumlahan undi dilakukan di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Keputusan diketahui sewal-awalnya 8 malam dan disiarkan melalui siaran televisyen utama.[9]

Berkaitan